Total Pageviews

Tuesday, 15 March 2011

TIBE2 TERINGAT ENGLISH CAMP

sampai kat Aura Training Center, kaum Hawa dah beratur dulu. nampak sangat aku ni gentleman kan. ok, sikit je kot. sebab aku baru gaduh ngan kaum hawa pasal berebut roti high-5. selesai daftar nama apa semua. aku kembali ke tempat duduk aku lima minit yang lalu.
celaka. carutan bebas mula keluar dari celah2 bibir sahabat alimku sejurus melihat muhsin malek memegang baju rasmi english camp pada tahun itu.PINK ! lepas asar kena kumpul balik dalam dewan. best gak suara pak imam asar petang tu.
sesi pertama ice breaking. miss ila handle. bincang wat nama group. terhasillah nama2 seperti di bawah:
PHENOMENAL
THE SPECTACULAR
JUBILANT
SANGUINT
THE ORDINARY GRAMMARIAN
BON VOYAGE
THE HEYDAYS
EGALITARIAN
BITTER SWEET
PARAMOUNT
malam pertama. maaf. oleh kerana otak penulis blog ini masih belum dikotori, jadi ia bukan seperti yang anda fikirkan. aktiviti pada malam itu agak sejuk. hal ini tiada kena mengena dengan baju yang aku pakai. malam tu budak2 yang nak jadi doktor, engineer, arkitek semua dah jadi model. perut aku hampir pecah lepas tengok budak group aku buat lawak dengan buat gaya jalan iras2 orang yang pakai seluar koyak baju tanpa lengan yang selalu lepak kat depan bank.. masa tu, seluruh dewan senyap. mungkin dia buat lawak tak menepati citarasa dorang.
kalau nak cerita dalam ni memang tak habis.sape2 yang berminat nak tau Hikayat Lipas Hebat : 3Hari 2Malam di E-Camp, boleh la hubungi mana2 stokis berdekatan. ok, tak lawak. susah la nak buat lawak skang nih. sume modal aku dah guna masa interview itu hari.

Saturday, 12 March 2011

MEDICAL CHECK-UP

'ustazah, mintak nak keluar kelas. nak pegi medical check-up'
paan mintak izin ustazah yang ada dalam kelas ketika itu. kalau keluar je camtu, memang masuk mesyuarat ar. aku ikut je paan. terbukti aku dan paan memang berdisiplin bila takde sorang pon lagi kat Balai Menanti time sampai sane. kata LDP, IF YOU ARE ON TIME, YOU ARE LATE.
sempat aku bace setengah page Berita Harian di ruangan Ekonomi, baru la nampak dua tiga orang sampai. diorang best-best je makan wafel. aku tak. aku makan biskut OK je.

14 orang budak silat sampai kat klinik kesihatan kota bharu. duduk tak sampai panas kerusi, dah kena naik tingkat1. nama pon medical check-up. harusla ada test urine.budak-budak laki yang lagak macho cam segan-segan je nak bawak urine dorang. kecuali aku laa. sape nak tengok? tengok ieyma, selamba je bawak urine dia depan aku.
test mata aku ok. tadahal laa. mata ni la yang berjasa time exam. sshhh..
pastu kena pegi timbang berat&tinggi. sape2 nak taw berat tak berat budak silat, contact aku. ummie, erra, elisha, sume aku da hafal.
celaka. kena tunggu doktor pukul 2. ni baru pukul 11. ejas ngan akak komputer tu, boleh jugak jumpa time tu.habis jumpa doktor, takkan da nak balik. bak kata dzerk, LEPAK JAPP. 14 orang budak sekolah beruniform biru coklat cam tak pakai baju lak. sorang lalu, sorang tengok. tujuh orang lalu, enam orang tengok. pasal sorang lagi tu dia kena drive. satu bijik stadium telah di tawaf. berenti makan jap. RM4.50 nasik aku. nasik orang lain aku tak taw laa. sambung balik tawaf stadium.yang tak penah masuk stadium, selamba je masuk. dah pintu tak tutup. masuk jela. amek gambar sekeping dua. pastu blah.
penat. tunggu van datang amek depan klinik.
'nak masuk kelas ke?'
'kalau nak masuk, semua kena masuk. lau tak kantoi ar ponteng.'
'takyah masuk la'
'sape bagus sangat nak masuk kelas nih?'
'ok. takyah masuk'

sampai maktab, aku masuk bilik. bukak baju. tidur.

1ST ENTRY

baca dari title entry tu pon korang da boleh agak aku baru start blogging kan..
so, tak perlu aku hurai panjang-panjang..
AKU BUDAK BARU !