Total Pageviews

Tuesday, 15 March 2011

TIBE2 TERINGAT ENGLISH CAMP

sampai kat Aura Training Center, kaum Hawa dah beratur dulu. nampak sangat aku ni gentleman kan. ok, sikit je kot. sebab aku baru gaduh ngan kaum hawa pasal berebut roti high-5. selesai daftar nama apa semua. aku kembali ke tempat duduk aku lima minit yang lalu.
celaka. carutan bebas mula keluar dari celah2 bibir sahabat alimku sejurus melihat muhsin malek memegang baju rasmi english camp pada tahun itu.PINK ! lepas asar kena kumpul balik dalam dewan. best gak suara pak imam asar petang tu.
sesi pertama ice breaking. miss ila handle. bincang wat nama group. terhasillah nama2 seperti di bawah:
PHENOMENAL
THE SPECTACULAR
JUBILANT
SANGUINT
THE ORDINARY GRAMMARIAN
BON VOYAGE
THE HEYDAYS
EGALITARIAN
BITTER SWEET
PARAMOUNT
malam pertama. maaf. oleh kerana otak penulis blog ini masih belum dikotori, jadi ia bukan seperti yang anda fikirkan. aktiviti pada malam itu agak sejuk. hal ini tiada kena mengena dengan baju yang aku pakai. malam tu budak2 yang nak jadi doktor, engineer, arkitek semua dah jadi model. perut aku hampir pecah lepas tengok budak group aku buat lawak dengan buat gaya jalan iras2 orang yang pakai seluar koyak baju tanpa lengan yang selalu lepak kat depan bank.. masa tu, seluruh dewan senyap. mungkin dia buat lawak tak menepati citarasa dorang.
kalau nak cerita dalam ni memang tak habis.sape2 yang berminat nak tau Hikayat Lipas Hebat : 3Hari 2Malam di E-Camp, boleh la hubungi mana2 stokis berdekatan. ok, tak lawak. susah la nak buat lawak skang nih. sume modal aku dah guna masa interview itu hari.

1 comment: